.CaPiQa's.CaStLe.

bertakhtalah maharani yang fragile...

.RaKyAt.TeRbAiK.

.BaLai.MeNgAdAp.

 

Tiada Lagi Dia


Setahun sudah berlalu.

.
.
.

.

.

Align Center.

.

.

.

.

.

.

.
.
.

Dan kini tiada lagi Gigirl.

.
.
.

p.s: maaf, saya masih bersedih. ;'-(

Kuning dan Merah. Bukan Selangor Oke? ^_^


Salam buat seluruh isi istana.

Hari ini 8 November. Teriknya cuaca di luar sana. Panas kan? Mesti panas juga di Seremban. Panas lagi di Kota Bharu. Bukit Jalil pula tak mungkin redup dan teduh. Sebab Johor Bahru pun panas terik juga.

Walaupun semalam sejuk dengan slurpee percuma, bahang hari ini bagai tiada kesempatan lainnya. Mungkin redup petang ini diiringi hujan membasahi Bumi. Harapnya kedinginan hujan mampu mendinginkan isi hati yang membara. Dan isi otak yang menggelegak juga. Bila suhu otak sudah menurun, mungkin akal kembali berfungsi waras? Harap-harap begitulah.

Nak bagi serangkap pantun. Boleh? Kalau tak boleh pun, nak bagi juga. Hehe.. :D

Mari makan tengah hari,
Cicah budu dilupa tidak;
Campur lemak cili api,
Perut meragam tak?

p.s: Kalau perut meragam pun, boleh cari penawarnya kan? ^_^


Kuning untuk Si Ujang. Merah untuk Si Awang.
Dua-dua terang. Dua-dua PANAS. ^_^

.
.
.

Mengejar Mimpi!


Sudah lama tidur malam saya tidak ditemani mimpi. Mimpi indah mahu pun mimpi ngeri. Tapi entah mengapa, mimpi demi mimpi menjadi sebahagian daripada tidur malam saya sejak beberapa hari ini.

Orang kata mimpi itu mainan tidur. Jadi permainan apakah ini? Saya sedar setiap permainan ada risikonya. Takkanlah mimpi pun ada risiko? Entah. Saya sendiri kurang pasti. Yang pasti, mimpi-mimpi yang saya alami kebelakangan ini tidak hilang kesannya walaupun setelah terjaga dari lena.

Mulanya, saya memang tak mahu ambil pusing maksud mimpi yang saya alami. Tak perlu serius kot kalau hanya sekadar mimpi kan? Tapi bila mimpi demi mimpi yang datang ternyata 'kena' dengan realiti yang terjadi, saya mula berfikir.

Mungkin benar mimpi juga ada risikonya. Seperti mimpi-mimpi saya. Mimpi yang mempengaruhi tindakan juga perlakuan saya pada keesokan harinya. Kerana watak-watak yang wujud dalam mimpi malam itu, pasti muncul dan menjadi bahagian dalam perjalanan hidup saya pada hari berikutnya. Pelik? Saya sendiri masih musykil.

Yang pasti, saya akan terus mengejar mimpi!

Macam Early Edition saja, kan? But not via news paper lah! ^_^

(pic credits: Google)

.
.
.