Salam/Helo.
Ada orang kata, hidup ini umpama rutin matahari. Tiba masa sinarnya terang dan menyilaukan. Hingga terkadang timbul rasa tidak selesa. Tapi sinar itu juga punca cahaya. Terik itu juga sumber haba. Dan tiba masa, pasti akan bersembunyi. Seperti matahari yang memberi ruang kepada kegelapan malam. Dan kembali terang keesokan pagi. Berkongsi kilauannya, buat kesekian kalinya.
Ada orang kata, hidup ini umpama kilauan berlian. Cantik sinarnya, indah serinya. Memukau pandangan, memikat perhatian. Hidup ini juga indah. Namun sering disalah ertikan. Seperti kilauan kaca yang disangka berlian. Dan hidup juga ada harganya. Umpama berlian, mahal untuk diperolehi. Tapi jika tergadai, takkan laku dijual dengan harganya yang asal.
Walau apa orang kata, hidup ini adalah hidup kita. Hidup itu kurnia yang dipinjamkan oleh-Nya. Pinjaman bererti sementara, bukan hak milik kekal buat kita. Nikmati hidup selagi ada. Kerana di suatu tempat dan pada suatu ketika, ada insan yang hidupnya tak lama.
Wassalam. Bye.
Titah Maharani: Bersyukurlah, pasti nikmat hidup lebih indah. (^_^)
.
.
.
1 komen:
hi piqa.
lame xmasuk cni.
td pijah jln2 blog lama. dan link piqa masih di situ.
and
i do i mis u and geng blogger lame dulu.
isk~!
***
Catat Ulasan