Selasa, November 02, 2010

Tukar Nama Tak Payah Angkat Sumpah

Salam/Helo.

Alif ba ta. Pak haji mata buta. Eh siapa penulis lirik lagu ni? Suka suki je cakap pak haji buta. Pak haji oo pak haji! Pak haji nampak saya tak? Tak nampak? Gelap? Erkkk.

Peringatan. Kisah ini tiada kena mengena dengan mana-mana pak haji, sama ada yang masih hidup, mahu pun yang sudah meninggal dunia. Apatah lagi pak haji buta tadi tu. Tiada kaitan sama sekali. Ada faham? Saya tahu la tak lama lagi raya haji. 

Ini kisah seorang anak yang duka nestapa kerana ibunya batuk. Uhuk uhuk. Eh apa ni letak iklan free pulak. Aduh. Skip skip. Next!

Ceritanya berbunyi begini. Tak payah kuatkan volume speaker. Memang tak ada bunyi pun. Oke, serius. Ini ceritanya. Kenal tak Mak Enon (bukan nama sebenar)? Tak kenal? Ala, susah betul nak explain. Maka sila anggap saja kamu kenal untuk menyenangkan kerja saya. Oke? Terima kasih.

Jadi, Mak Enon ni pun meminta pertolongan daripada Bonda saya. Tolong apa? Haa, itu yang kita nak tahu tu. Nak tahu tak? Alkisah bermula apabila Mak Enon mintak tolong Bonda untuk jaga cucu kesayangan beliau selama dua minggu sebab beliau nak ke Pahang. Melawat anak katanya. Tersebutlah kisah cucu beliau itu yang dipanggil Alif (nama sebenar). Haa, nampak tak perkataan 'Alif' di awal cerita tadi? Tak ada la merepek pun kan? Huuu.

Maka bermulalah era penjajahan Alif di istana kami. Jaga Alif ni tak ada la susah mana pun. Cuma susah nak bagi makan. Bagi la black pepper spicy chicken McDeluxe ke, donat alien Big Apple ke, pizza extreme cheesy ke, semua Alif tolak ke tepi. "Nanak," kata Alif. Yang dia layan, maruku halus-halus yang dibeli kat macha jual kacang segala macam tu. Terima kasih kat macha tu sebab buat bisnes kat Giant sebelah rumah.

Satu lagi habitat si Alif ni. Habitat? Maksud saya, tabiat. Alif ni part-time kerja kat Jabatan Pendaftaran Negara. Suka suki dia tukar segala nama. Mula-mula Si Pusso, kucing siam beta yang miang tu. Kitorang berzaman panggil Pusso. Datang Si Alif, terus dia tukar panggil Pixie. Tu kira oke lagi. Pixie tu glamor la jugak kan. Hari kedua, adinda saya pulak jadi babysitter. Patutnya panggil Kak Syasya. Tak tahu la dari mana datang sumber inspirasi. Alif panggil dia, Kak Bee. Syasya? Bee? Helo, ada sama kah itu bunyi? Aigoo.

Senang je Alif tukar nama kan? Tak payah susah-susah angkat sumpah ke, isi borang nak register ke. Alif oo alif. Isk isk isk. Sekian. Bye.

Titah Maharani: Jangan lepas ni nama beta pulak kamu tukar, ye Alif? ;p

3 komen:

Jey Yusuff berkata...

maharani pon boleh tukar gearan. xyah angkat sumpah

aYu berkata...

hak3..
lawak btol alif.
alif panggil capiqa ape ek nnti..

CaPiQa berkata...

jey yusuff
takyah angkat sumpah? angkat pen tulis sendiri je kot. hihi. ;)

ayu
so far masih panggil kakak. dia tukar sikit, saya panggil dia ba atau ta. hehe. ;)

Tukang Ikut Belog