Salam/Helo. Selamat datang November!
Bunyi dan pendengaran. Secara fizikalnya, bunyi merupakan sesuatu yang tidak dapat disentuh. Sebaliknya, ia bergantung kepada ketajaman deria pendengaran manusia untuk mengukur dan menilai sesuatu bunyi. Deria pendengaran manusia membolehkan kita mencerap bunyi-bunyian yang terhasil di sekeliling kita. Telinga manusia bukan sahaja dapat mengesan sesuatu bunyi secara keseluruhan, tetapi juga dapat mengesan pelbagai tahap tekanan bunyi.
Err, apa saya merepek ni? Eh oke, oke. Point yang ingin saya ketengahkan ialah bunyi merupakan salah satu elemen yang dapat menarik perhatian manusia. Semakin kuat sesuatu bunyi, maka semakin kuat tarikan itu. Dah macam hipotesis eksperimen sains tingkatan satu pulak. Aduh.
Jadi apakah relevan kepada intro saya yang panjang berjela tadi tu? Ceritanya begini. Pada suatu malam yang hening tapi tak berapa sunyi, maka lalulah sebuah jentera biru yang sangatlah comel di suatu persimpangan lampu isyarat yang terletak di Kempus (bukan nama sebenar). Err, tak relevan ke? Takpe, takpe. Sambung cerita.
Nak dijadikan cerita, tiba-tiba. Dam dam dum! Bukan bunyi mercun daa. Tapi bunyi berdentum yang agak kuat dan mengasyikkan kedengaran memecah kesunyian. Kenapa saya kata mengasyikkan? Dah semua orang kat mapley tepi simpang tu dok syok pandang tak berkelip, tak ke mengasyikkan tu? Huuu.
Berbalik kepada cerita. Nak tahu apa yang berdentum? Betul nak tahu? Saya pun tak tahu sebenarnya. Yang pasti, jentera biru saya tu dah tersangkut lalu tidak dapat meneruskan pemanduan. Saya reverse, tengok depan. Macam #$%^& je rasa. Ada ke patut ada penutup lubang yang besi tu terbonjol keluar. Tak kasihan ke pada kereta-kereta yang rendah macam jentera biru saya? Kompem lah sangkut.
Oke, oke. Saya mengaku saya cuai juga tak perasan benda alah tu. Tak pasal-pasal pemes sekejap kat simpang traffic light tu kan. Publisiti murahan betul! Huuu. Sesiapa yang menyaksikan tragedi Oktober malam tadi, sila jangan tampil sebagai saksi. Kalau tak, saya tak nak sign autograph. Ini serius. Ahaha.
The end. Bye.
Titah Maharani: Jentera biru sudah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Doakan kesihatan beliau. :)
9 komen:
kesian jentera biru..
hehhehehe...
berdentum tu
ayu
jentera biru je? saya tak kesian? hikhik. ;p
cik gula-gula
berdentum takpe. berdendam jangan. kan? ;)
bunyi meriam lg best
hiro
makcik meriam dah meninggal lama dulu. kesian.
hahaha..sy rindu nak drive jugak.
.
.
.
.
.
.
rindu nak blk msia,kesimpulannya.
norfaridahanum
jom balik malaysia. boleh jadi driver saya. oh tidak, ampunnn. ;p
ALOHA..
apakah yg bendentum itu..?
*suka intro itu..
mcm belajar sains pula.
dearie pearls
helo helo. berdentum? ohh bunyi motokar. hehe. belajar jangan tak belajar. ;)
Catat Ulasan