Salam/Helo.
Boleh tak kalau hari ni buat sesi luahan perasaan. Sebenarnya malas nak beremosi. Tapi orang kata kalau dipendam sendiri, lebih merana. Betul ke? Orang kata lah. Saya taip saja.
Kamu biasa tak buat sesuatu untuk orang lain? Kalau iya, mesti kamu faham situasi ini.
Situasi #1
Cik A dan Cik B dah lama berkawan. Dari zaman sekolah lagi. Bila Cik B ni dilanda kebosanan, Cik A lah yang jadi mangsa untuk menghiburkan hati. Cik B pun suruh ajak kawan-kawan lain. Maka, Cik A pun ajaklah Cik C dan Cik D. Dan tiba masa yang dijanjikan, keluarlah mereka berempat meluangkan masa bersama. Cik B pun seronok lah sebab beliau sudah tidak dilanda kebosanan. Tapi Cik A juga makan hati sebab dipinggirkan. Kenapa? Sebab Cik B akan berkepit je dengan Cik C dan Cik D. Bila Cik A mencelah, mesti ditepis. Padahal Cik B yang beriya-iya ajak Cik A kan. Tak faham langsung. Kalau tak mahu, tak ajak pun tak apa lah.
Situasi #2
Encik Z adalah seorang mamat pujaan ramai di kolej. Tapi beliau sangatlah tak playboy orangnya dan sering mengabaikan usikan-usikan gadis yang meminati beliau. Cik A sedar akan hal ini, tapi beliau tidak berperasaan kepada Encik Z kerana mereka sudah berkawan lama sebelum masuk kolej lagi. Cik E pula adalah classmate Cik A, tapi hubungan mereka tidak terlalu rapat. Suatu hari Cik E ternampak Encik Z menegur mesra Cik A. Bila Cik E tahu bahawa Cik A dan Encik Z ni memang dah lama kenal, Cik E pun terus menggedik-gedik nak berkawan baik dengan Cik A atas dasar minatnya yang mendalam terhadap Encik Z. Nak tanya nombor telefon lah, birthday lah, apa lah. Eee, please. Kenapa ya sanggup buat benda yang tak disukai untuk melaksanakan hasrat yang tersembunyi?
Situasi #3
Cik A ada teman rapat. Namanya Cik F. Mereka selalu buat sesuatu bersama-sama. Study, buat assignment, keluar makan, shopping. Join aktiviti kelab dan persatuan pun sama-sama. Kira memang satu kepala. Setelah sekian lama, sampai satu masa ni Cik A dapat kesan perubahan pada Cik F. Kalau biasa Cik F akan kata ya, tapi sekarang Cik F selalu cuba bagi alasan. Bila ditanya lagi, Cik F akan terus kata tidak. Cik A rasa Cik F macam dah tak nak luangkan banyak masa dengan Cik A. Mungkin Cik F perlukan lebih masa untuk dirinya sendiri, fikir Cik A. Tapi tengok-tengok, Cik F dengan Cik G, buat benda yang biasanya Cik F buat sama-sama dengan Cik A. Bukan sekali dua, dah berkali-kali. Terus terang sajalah, tak perlu susah-susah bagi alasan basi kan.
Ada pengalaman macam ni? Atau lebih teruk lagi? Banyak lagi situasi macam ni. Tapi tak perlu kot saya coret lebih-lebih. Tambah sakit hati pulak. Biarlah, janji kita ikhlas. Kan? Bye.
Titah Maharani: Susah sangat ke nak ikhlas?
4 komen:
kawan ade macam2..
pandai pilih..pasti kita tak sesat:)
buat pilihan tepat ye dik
maharani~
sabar ye.
cari kawan baik memerlukan sepanjang hayat.
*pengalamanku lebey menyayat hati*
Cik GuLA-GuLa
kadang2 kita di jalan yang betul. tapi mungkin ada kawan yang sesat di jalan kita. rasanya, asalkan kita positif, tak apa2 kot. kan?
terima kasih kak. ;)
aYu
betul juga. mungkinkah di hujung hayat? ah, tak mengapa. untung masih ada keluarga.
kamu juga tabahkan hati ya? ;)
Catat Ulasan