Jumaat, November 05, 2010

Cukuplah Tiga Kali

Salam/Helo.

Selamat hari Jumaat. Eh sudah Jumaat? Jumaat macam busy lah. Hari ini tak berapa nak ada masa. Jadi ni kira curi-curi la. Kot. Ngee. ;)

Amaran:
Entri ini mungkin sedikit kabur. Mana-mana part yang tak faham, mintak ampunnn.

Merajuk? Saya tak rasa ianya perkataan yang tepat untuk menerangkan keadaan saya. Keadaan apa? Menyepi, kata mereka. Saya ada, tapi mungkin orang tak nampak. Saya ada, tapi mungkin orang tak rasa. Saya ada, tapi mungkin orang tak dengar. Saya ada, tapi mungkin orang tak sedar. Ya, saya tahu saya juga ada silapnya. Tapi maaf, saya tak dapat nak huraikan segala sebab bila mereka tanya kenapa. 

Penat? Ya, saya memang letih dengan semua ini. Bosan? Tak, saya tak pernah bosan apatah lagi jemu dengan mereka. Terasa hati? Haha. Yang ni ramai orang sebut-sebut. Makin dekat di hati, makin mudah terasa. Tapi terasa hati bukan alasan saya selalu "kelihatan tiada". Agaknya saya belum bersedia. Mungkin gelombang jiwa saya belum reda. Atau saya sudah hilang kepercayaan yang pernah saya ada.

Entahlah. Nanti kalau saya dah tahu sebabnya, saya beritahu ya. Maaf kalau perbuatan saya melukakan. Tapi mereka tak perlu tahu, saya sendiri terluka. Dan saya tak mahu tuding jari pada mereka dan berkata "kalianlah puncanya!". Tak mungkin saya akan lakukan itu. Ah kalau mereka kenal saya, mereka tentu lebih tahu apa yang saya rasa. Sekali lagi, maafkan saya.

Saya tak boleh janji saya akan ada untuk yang keempat. Cukuplah tiga kali. Bye.

Titah Maharani: Hari ni hari Jumaat, esok hari Sabtu. Jom kita potong kuku. Dan selamat hujung minggu. ;)

7 komen:

sizuka[Izzati] berkata...

Maharani jangan sedih2 okay.rakyat jelata ada di pelusuk dunia :)

ahsfantasy24 berkata...

maharani..!!
rkyat jelata sdg rndu
akan kamu..........!!


^^,

dansa berkata...

maharani??

aYu berkata...

maharani~
xmo nangis..
xcumel..

sedih baca..
tahu..
maharani sdg menulis dgn sepenuh hati~
sbb tu ayu rasa..

CaPiQa berkata...

sizuka[Izzati]
terima kasih menceriakan hari saya. ;)

ahsfantasy24
saya berkali ganda rindu. ;)

CaPiQa berkata...

sizuka[Izzati]
terima kasih menceriakan hari saya. ;)

ahsfantasy24
saya berkali ganda rindu. ;)

CaPiQa berkata...

dansa
err kamu. iye, saya. saya tak apa2. ;)

aYu
saya tahu. kamu selalu penuh pengertian. terima kasih. ;)

Tukang Ikut Belog