Jumaat, Mei 14, 2010

Countdown - 2 Minggu Lagi

Salam/Helo sekalian rakyat jelata.

Salam Jumaat buat semua. Selamat datang kepada penghulu segala hari. Kepada para lelaki budiman, jangan terlepas temu janji di masjid tengah hari nanti, ya~

: : : : :

Sudah Jumaat rupanya. Minggu ni terasa cepat berlalu. Mungkin kesibukan sepanjang minggu berjaya mengalih perhatian saya dari terus mengira detik.

Countdown minggu ini rasanya penuh dengan duri. Dalam keghairahan mengejar tarikh yang dinanti, tetap calar-calar berjaya hadir di hati. Saya tak mahu mengusik mana-mana diri. Sekadar menjalankan tugas yang tergalas di bahu ini. Tapi, saya tahu saya tidak sendiri.

Buat kroni-kroni 1987, jutaan maaf jika minggu ini saya agak kalah dengan emosi. Saya bersuara untuk berkongsi. Bukan mengeluh atau menzahirkan ketidakpuasan hati. Saya ini bukanlah kuat sangat berdiri. Bantulah saya, jika saya terduduk lagi.

Jadi, jika ada lagi selepas ini, jayakanlah ia tanpa saya sebagai tunjangnya. Rasanya, saya bukan orang yang tepat. Kan?

I heart 1987! Dan saya tetap sokong kalian~

Titah Maharani: 2 minggu saja lagi. Harap-harap janganlah ada yang cancel! T_T

.
.
.

5 komen:

aien berkata...

=)

CaPiQa berkata...

[aien]
rajin buka pulak. ;)

-Ain-Dak In- berkata...

2 mgu??? nebes nye..miahahaha..

aduka berkata...

hamboi ayaatt..
cam puisi la plak..
haha..
=P

CaPiQa berkata...

[-Ain-Dak In-]
beta lagi la, dak in. kupu2 dok rempit jek dalam perut. haish!~

[aduka]
puji ke perli? ahaha.. sikit2 je, incik~ ;p

Tukang Ikut Belog