Rabu, Mei 12, 2010

Burung Apa? Burung Oh Burung!

Salam/Helo sekalian rakyat jelata.

Rutin seorang tutor peribadi bukanlah semudah yang orang lain nampak. Berat dan penat juga, tapi berbaloi bila anak didik meningkat prestasinya. Seronok juga bila ada tugasan tambahan.

Dan tugasan tambahan saya mulai minggu ini adalah melatih Mei-Mei untuk pertandingan bercerita. Berikut adalah adaptasi cerita yang akan Mei-Mei sampaikan. Aduhai, cerita burung juga dia nak bawa. Keskeskes~

*Mei-Mei = nama panggilan salah seorang anak didik saya

: : : : :

Pagi itu Sari mencari tempat yang baik untuk membuat sarang. Sari nampak sebatang pokok. Dia berfikir, "Hmm.. Baik aku terbang ke sana."

"Haa, di sini baik!" Sari hinggap di sebatang pokok. Pokok itu rendang. Pokok itu banyak cabangnya. Sari sangat gembira.

Sari pun mencari rumput-rumput kering dan lumpur. Rumput-rumput itu disusun. Sari gunakan lumpur sebagai pelekat. Apabila sudah siap, Sari pun bertelur.

"Satu, dua, tiga, empat, lima, enam. Enam biji telur yang comel!"

Sari menjaga telur-telur itu dengan baik. Dia mahu telur-telurnya selamat. Sari mengeramkan telur-telur itu. Beberapa hari kemudian, telur-telur itu pun menetas.

"Oh, comel sungguh anak-anakku ini! Satu... Dua... Tiga... Empat... Lima... Enam..."

"Cuba terbang ke sini. Satu, dua, tiga!" Lama-lama anak-anak burung itu pun besar. Ada yang sudah boleh terbang.

Dit salah seekor anak Sari. Dit menggerak-gerakkan sayapnya. Ia hendak terbang tetapi melayang. Dit jatuh di atas rumput.

"Siapakah awak?" Tanya seekor burung merpati.

"Saya Dit."

"Kami burung merpati. Lihat! Warna kami kelabu. Awak ini burung apa?" Seekor burung merpati yang lain bertanya.

"Saya tidak tahu." Dit menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Eh, awak tidak tahu?" Burung merpati itu kehairanan.

Dit berasa malu. Ia pun pergi dari situ. Kemudian ia bertemu pula dengan beberapa ekor burung lain.

"Siapakah awak?" Tanya Dit kepada seekor burung besar yang ditemuinya.

"Saya gagak." Jawab burung yang berwarna hitam itu.

"Saya ini gagak agaknya."

"Bukan. Lihat, badan awak kecil. Warna awak tidak sama seperti kami!" Bantah gagak.

"Siapakah saya?" Dit masih tidak mengetahui siapa dirinya.

"Saya tidak tahu siapa awak. Tanyalah burung-burung itu." Kata gagak.

"Baiklah. Terima kasih, gagak."

Dit pergi dari situ. Ia menuju ke tempat burung-burung kecil.

"Apa khabar kawan-kawan? Siapakah awak semua?" Sapa Dit.

"Khabar baik. Kami ini burung pipit."

"Oh, kalau begitu saya pun pipitlah!"

"Bukan. Lihat, ekor awak pendek. Ekor kami pula panjang. Warna awak juga berlainan." Terang burung pipit.

"Tolonglah saya, pipit. Saya tidak tahu siapa saya." Dit merasa sedih.

"Janganlah bersedih. Pak Tua boleh membantu awak. Mari ikut saya!"

Pipit membawa Dit berjumpa Pak Tua, seekor burung kakak tua yang bijaksana.

"Ah, Pak Tua tahu siapa kamu! Kamu ini burung kenari. Lihat! Keluarga kamu ada di situ."

"Ha, keluarga saya? Di mana?" Dit melihat ke kiri dan ke kanan.

"Awak tidak boleh nampak mereka dari sini. Terbanglah ke atas pokok itu." Ujar burung pipit.

"Tapi saya tidak boleh terbang!"

"Cubalah. Belum cuba belum tahu!" Kata burung pipit.

Dit mengibas-ngibaskan sayapnya. Badannya terasa ringan, lalu...

"Hei, saya boleh terbang! Lihat itu, pipit. Itu ibu dan saudara-saudara saya."

"Baguslah kalau begitu. Mereka tentu gembira." Ucap burung pipit.

"Pergilah kamu mendapatkan ibu kamu." Kata Pak Tua pula.

"Baiklah, Pak Tua. Terima kasih. Selamat tinggal, pipit. Terima kasih kerana menolong saya."

Lalu Dit pun terbanglah mendapatkan keluarganya, burung-burung kenari.

Burung apa? Bukan burung. Ini ayam belanda lah, sayang! ^_^

Titah Maharani: Tahun lepas tempat ketiga, tahun ini harap-harap Mei-Mei juara!

.
.
.

6 komen:

H.R PuTeRa YuSoFF berkata...

tepuk tgan. hooray.. huhu (mood : kurang siuman)

CaPiQa berkata...

[H.R PuTeRa YuSoFF]
ah, cikgu pasti lebih handal bercerita. cikgu, nak rm500!
(mood: kurang duit) ;p

sizukaDeboss berkata...

haha comel..mesti kiut je mei mei bercerita..gudluck!

aduka berkata...

whoaa..
best juga baca cite yg simple2 camni..
cam kembali ke zaman kanak2..
=P

CaPiQa berkata...

[sizukaDeboss]
cumel2. lagi2 bila buat gaya sekali. nasib baik mei mei dapat cikgu yg cumel juga. hikhik~

CaPiQa berkata...

[aduka]
rasa dah tua pula. hihi.. tapi mcm terlalu panjang lak cerita ni. huuu~

Tukang Ikut Belog